Sekarang ni hobi dah baru. Main gitar, atau baca novel (bukan novel cintan cintun tu). Adalah sorang minah tu, which is one of my best buddies, dia ni ulat buku sikit. Haa dia lah yg intro kat aku dunia buku fixi and lejen. And im pretty sure most of you banyak kali dengar nama ni. Setakat ni buku Lejen yg aku dah baca, buku Mani : Wanita Kebaya Kuning by Syafie Mahyani. As beginner, not bad lah cerita dia. Tapi yg aku geram tu ada sambungan pulak. Buku Fixi pulak, Siong, tengah baca (haha). Pening sikit ah cerita ni sebab asyik flashback je.
Pape je lah, anyway, sekarang ni tengah cuti sem. Nak kerja, mak kata,"cuti tu, buat je lah cara cuti, nanti dah sambung belajar, dah praktikal takde nak merasa melepak merilex". So, aku macam, emm betul gak tu. Jadinyaa, aku pun mereputlah di rumahku...
By the way, aku ni suka bagi nama kat benda yg aku sayang. So, aku bagi gitar aku nama "Oli" hik hik hik. Oli ni shortfom kepada Oliver Sykes, vocalist Bring Me The Horizon (I adore him so much doh) bukan je rupa, gua suka lagu-2 dia laaaa... I'm not that type of girls out there yg menggila dengan apa kpop semua tu, yg suka terikut-ikut orang punya minat. Aku, minat aku sendirilah ! Buat apa ikut orang. Pernah dengar Pierce The Veil? Or Bless The Fall? Oh ya dulu aku taksub bonaa dengan My Chemical Romance, but dorang macam dah menyepi kan.
Eh dahlah, ngarut je. Meleret entah ke mana. Anyway, for those who have the same interest, aku tak kisah korang nak share, lelebih lagi main gitar ni, sebab aku beginner, so tak berapa nak terel lah.Say hi to my baby Oli ! 😃
![]() |
| Baby Oli titeww ahaks ! |
